SELAMAT DATANG KE BLOG SWEET HEVEA

Borang Pesanan

Satu jenis bunga untuk satu borang sahaja

Name:
Email Address:
No. Telefon
Alamat Rumah
Jenis Bunga
Kegunaan
Warna Bunga
Kuantiti
Tarikh bunga diterima

Tempahan yang melebihi 100 kuntum handaklah dibuat selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh bunga diterima.

Setelah selesai menghantar borang pesanan, anda handaklan SMS ke 017-2345678. Pesanan yang telah diterima akan dibalas secepat yang mungkin.

Bagi pembayaran, sila bank-in di akaun Bank Maybank, 763467804782545 SWEET HEVEA

Terima kasih


Form provided by Freedback.

Friday 13 July 2012

Kursus di INFRA Bangi

Bismillah...

Assalam....

Alhamdulillah. Sekarang ini tuan blog Sweet Hevea berada di INFRA Bangi mengikuti Kursus Promosi dan Pemasaran Produk dari 11-13 Julai 2012. Tuan blog ini telah diberikan kesempatan oleh pihak RISDA untuk menyertai kusus ini bersama-sama dengan sahabat Sweet Hevea iaitu Rempeyek Mak Long dan pengiring dari pihak RISDA iaitu Rojak Manis T6.

Jadi, hari ini merupakan hari terakhir kursus. Sepanjang berada di sini, Sweet Hevea belajar mengenai bagaimana pengguna internet boleh tertipu dan bagaimana ingin membuat blog bagi memasarkan produk ke peringkat yang lebih meluas.

Kebanyakan peserta yang menyertai kursus ini terdiri daripada golongan yang lebih berusia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan Industri Kecil sederhana(IKS). Dengan adanya kursus sebegini, dapatlah mereka belajar menggunakan IT dengan sebaik mungkin supaya produk mereka dapat dijual keperingkat yang lebih meluas dan menambahkan lagi pendapatan mereka.

Kursus ini bukan sahaja disertai oleh pihak RISDA namun terdapat juga peserta dari agensi KEJORA, KESEDAR, KETENGAH, KEMAS dan lain-lain lagi. Jumlah peserta tidak begitu ramai iaitu kira-kira 30 orang. Walaupun peserta tidak begitu ramai, bagi Sweet Hevea ini adalah amat sesuai kerana ia dapat memberikan peluang dan masa yang lebih banyak kepada peserta yang tidak mengetahui cara menggunakan komputer dan internet kerana tenaga pengajar yang tidak begitu ramai.

Kemudahan penginapan yang disediakan di INFRA ini amat memuaskan hati Sweet Hevea. Sweet Hevea duduk sebilik dengan Rempeyek Mak Long. Makanan yang disediakan di kafe INFRA juga memuaskan namun terdapat insiden yang mana sarapan pagi pada 12 Julai 2012 tidak disediakan mengikut jadual. Kelewatan waktu sarapan telah mengganggu tempoh pembelajaran membuat blog. Harap pihak kafe mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan pengunjung atau peserta INFRA berada dalam keadaan selesa.

Untuk modul yang disediakan pula bagi Sweet Hevea ia amat cemerlang. Modul pertama bersama penceramah yang merupakan President SMS Malaysia dan mastermind SMS RakanCop iaitu Encik Azli Pa'at sangat memberikan input yang baru bagi Sweet Hevea dan rakan-rakan peserta yang lain. Pelbagai ilmu baru yang Sweet Hevea perolehi yang membuatkn Sweet Hevea berasa beruntung sangat menyertai kursus ini. Bagi modul kedua iaitu membuat blog yang diajar oleh penceramah Encik Mohd Syafee Mohamed sangat membantu Sweet Hevea. Walaupun Sweet Hevea telah mempunyai blog peribadi namun dengan mempelajari membuat blog baru memberikan ilmu tambahan kepada Sweet Hevea untuk membuatkan blog Sweet Hevea lagi satu iaitu tHiS iS mY HiStOrY lebih menarik.

Thursday 12 July 2012

Produk Sweet Hevea

Bismillah....

Assalam...

Terima kasih kepada anda yang sudi melawat ke blog Sweet Hevea. Kali ini kami akan mempamerkan beberapa produk Sweet Hevea. Selamat melihat.


 
















Blog Baru Sweet Hevea

Bismillah...

Assalam...

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk membuat blog baru bagi Sweet Hevea. Sebagaimana yang diketahui umum, Hevea atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Bunga Daun Getah. 

Pokok getah yang dibawa masuk ke Tanah Melayu pada waktu dahulu sebenarnya digunakan untuk menghasilkan getah. Permintaan terhadap getah pada ketika itu adalah sangat diperlukan untuk membuat tayar kereta. Kegunaan pokok getah bukanlah hanya untuk menghasilkan getah semata-mata namun ianya juga boleh digunakan untuk kayu balak dan kraftangan bunga Daun Getah.

Pembuatan bunga daun getah ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan kesungguhan bagi menghasilkan bunga daun getah yang terbaik. Pemilihan daun getah yang sesuai akan menghasilkan bunga daun getah yang senang dibentuk dan cantik.

Semoga dengan adanya blog Pink Hevea ini sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan pengetahuan anda dengan proses pembuatan bunga daun getah dan anda juga boleh memiliki bunga daun getah daripada kami.